Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Apa yang bakal antum baca ini merupakan satu pendedahan yang penuh misteri dan tanda tanya. Tulisan yang bakal dibaca ini adalah pengalaman sendiri seorang Islam Melayu. Dibawah merupakan dialog antara ‘Aku’ (Islam Melayu tersebut) dengan seorang Bishop. Kisah panjang ini asalnya tidak ana ketahui. Cuma ianya berlegar di internet. Sumber yang ana ambil ini adalah daripada laman www.dinar-emas.com.
Kisah yang mengandungi dialog ini dibahagikan kepada 3 bahagian, yang mana jika tiada sebarang pengubahsuaian dilakukan akan menghasilkan risalah setebal 67 muka surat (lebih kurang). Untuk memudahkan semua pihak untuk membacanya, ana akan membahagi-bahagikan lagi artikel ini kepada beberapa bahagian yang lebih kecil, yang mana inshaALLAH setiap minggu ana akan cuba mengeluarkan 1 atau 2 bahagian. Artikel ini juga mengalami beberapa perubahan dari segi format dan mungkin juga gambar yang disertakan untuk disesuaikan dengan blog ini.
Terpulang kepada antum semua sama ada hendak mempercayai atau tidak tulisan ini. Jika benar, sesuatu perlu dilakukan, jangan hanya berdiam diri. Jika tidak, semoga ALLAH mengampunkan penyebar cerita ini yang mungkin merupakan fitnah semata.
Selamat membaca.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Artikel ini ditujukan kepada anda, Lebih-lebih lagi sekiranya anda beragama Christian (Khatolic atau Protestan), Dan sebagai peringatan untuk Umat Islam seluruhnya…
Sama ada anda kini sudah berusia atau sedang meningkat remaja, yang pernah melintas di fikirannya, Apakah yang sebenarnya telah berlaku di sekeliling kita… Perlu meluangkan masa untuk membaca artikel berbahaya ini, yang amat berkaitan kenapa Khalifah Uthmaniah jatuh, kenapa sistem Dinar Emas yang hebat itu digantikan dengan sistem duit kertas, dan paling penting, kalau di zaman Nabi Muhammad pun dah ada manusia kantoi jumpa dengan Al-Masih Dajjal, maka saksikanlah, semua tanda-tanda sistem Dajjal di sekeliling kita adalah dari arahan siapa ya???.
Bacalah sampai habis kerana anda akan kenal dan hendak tahu kenapa sampai sekarang ini, Dajjal tak lagi muncul-muncul sedangkan semua sistemnya sudah hampir sempurna, Kepada pengguna FACEBOOK, berhati-hati dengan gambar anda kerana anda diawasi oleh THE HIDDEN HAND.
Semoga dengan kehadiran artikel dan kebangkitan DINAR EMAS dari bumi agung BANGSA MELAYU ini, Dapat meningkatkan keimanan anda kembali kepada TUHAN YANG ESA, Dan mengingatkan diri manusia itu, Tentang kehadiran tanda-tanda alam yang berlaku sejak akhir-akhir in.
Kepada anda yang berbangsa MELAYU lagi mewarisi agama ISLAM, Anda merupakan umat terpilih untuk membangkitkan percikan PERANG DUNIA KE-3.
Kerana apa? Kerana di bumi anda inilah bangkit sistem matawang Islam.
Iaitu sistem DINAR EMAS yang bakal menjatuhkan empayar ekonomi YAHUDI.
Artikel di bawah adalah pengalaman peribadi saudara Zaim dari tanah Melayu.
Petikan cerita di bawah telah berlangsung di antara sahabat saya dengan jirannya.
Dan perbualan ini berlaku dalam 2 sesi yang telah dihimpunkan menjadi 1 cerita yang panjang, Kerana kurniaan dari tuhan dengan anugerah ingatan yang kuat lah, maka kisah ini diceritakan semula dengan tersusun.
Kalau perlu bagi anda untuk mengedarnya ke khalayak ramai, Maka cetaklah artikel ini dan bincangkan dengan mana-mana pemimpin yang bersedia berkongsi pendapat, Itu pun kalau mereka mahu meluangkan masanya ataupun akhirnya anda akan menerima ejekan atau sindiran yang memalukan, Namun hakikat cerita yang bakal anda baca ini, benar-benar bakal menyebabkan anda tersentak dari lena yang panjang, samada anda sendiri seorang yang beragama Islam, atau tidak beragama, atau anda sendiri tidak beragama, kepada anda yang beragama Christian, perhatikan apa yang telah pemimpin anda lakukan…
Sahabat saya ini seorang yang beragama Islam & berbangsa Melayu dari Malaysia.
Dan jirannya itu seorang Paderi tahap tertinggi tinggal di New York, yang amat rapat hubungannya dengan Paus & mempunyai talian yang rapat pula dengan (Vatican ~ Iluminati ~ Freemason ~ Knight of Templar).
Sahabat saya ini amat fasih berbahasa Inggeris seperti mana orang Nusantara fasih berbahasa Melayu, Oleh itu tidak menjadi masalah untuk memahami seni bahasa Paderi ini dalam bahasa Inggeris, Lalu disusun terjemahan ini kepada Bahasa Melayu yang mulia dan indah ini, Bahasa kerabat diraja..
Sebelum memulakan bacaan di bawah, Pada perenggan-perenggan yang tertentu, silalah skrol balik ke atas dan baca semula ISTILAH ini bagi tujuan pemahaman:
Istilah Yang Wajib Anda Fahami
Vatican
- pusat pemerintahan agama Christian (mazhab Roman Katolik).
- terletak di Rom.
Paus
- ketua agama Christian Sedunia, - jawatan ini sekarang dipegang oleh manusia bernama Pope Benedict - Benedict = bermaksud terakhir
Lucifer
- adalah nama lain bagi Iblis (seperti dalam catatan Al-Quran) - makhluk dari kalangan makhluk berakal Jin - dahulunya bernama Azazil - menjadi pegawai peringkat tertinggi di alam langit sehingga dapat memimpin malaikat - kengganan Azazil sujud “tanda hormat” pada jasad manusia bernama Adam menyebabkan dia disumpah - lalu Azazil ditarik nikmat pegawai terhebat dan menjadi sehina-hina mahluk berakal - maka, Azazil = Iblis (adalah makhluk yang sama, sedangkan anak-anaknya bernama Syaitan) - Iblis jumlahnya 1 makhluk sahaja, sedangkan syaitan berjumlah berbillion
Anti Christ
- nama lain bagi Al-Masih Dajjal (gelaran oleh orang Islam) - matanya telah buta sebelah (hari ini terkenal dengan symbol mata 1) - bayang-bayang kehadirannya ialah (segitiga, mata 1, pyramid, singa) Jesus
- nama lain bagi Al-Masih Isa (gelaran oleh orang Islam) - akan diturunkan tak lama lagi (melalui tanda-tanda keringnya air tawar di Tasik Galilee)
JESUIT PRIEST
- Salah seorang paderi suruhan Paus.
The Last Pope
- Pemimpin Vatican yang terakhir
Pope Roman Peter II
- Dikatakan beliau akan perintah dunia ini dari Middle Earth, di Israel, bukan di Rom.
Cantus
- adalah warisan ‘Knight Templar’
Benidictine Order
- salah 1 sistem kehidupan Dajjal yang dicorak oleh Vatican dan ramai mengamalkan secara tak sedar
New World Order
- adalah 1 sistem global sedunia yang hampir semua Negara mempunyainya
Freemasonry
- salah 1 ejen sulit Al-Masih Dajjal di zaman modern, dahulunya mereka ini dikenali sebagai Knight of Templar (ketika Perang Salib)
Zionis
- adalah 1 bangsa puak kiri Yahudi yang mengatur dunia mengikur oder mereka termasuklah pemakanan, pakaian, budaya, hiburan, kewangan, dll lagi.
Bishop
- Salah seorang paderi peringkat tertinggi suruhan Paus.
Salehuddin
- Seorang Khalifah Islam yang hebat yang mengamankan seluruh dunia sehingga beratus-ratus tahun selepas mendapat kemenangan di Perang Salib. Jacques de Molay
- Orang suruhan Paus yang memiliki keupayaan luar biasa dari jangkauan manusia biasa
Al-Masih Mahdi
- Pemimpin akhir zaman, dia keturunan Nabi Muhammad. - Kebetulan, nama beliau ialah Muhammad Bin Abdullah. (mengikut banyak rekod hadis Sahih)
SESI PENGENALAN:
Iblis adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak beliau dilaknat oleh ALLAH, akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam.
Bermula daripada sangkaan buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam, sehinggalah akhirnya beliau menaruh dendam terhadap keturunan Nabi Adam (iaitu manusia hari ini), dan berjanji untuk menyesatkan seluruh keturunan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. (hari itu akan tiba tak lama lagi melalui tanda-tanda di sekeliling kita).
Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan keturunan manusia terutamanya Umat Islam (kerana penganut agama ini masih di jalan yang benar), dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.
'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.
Surah Al-Fathir, Ayat 6
Di dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:
"Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.” Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”
Surah Al-Araf, Ayat 16-17
'Hai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan, sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua-dua auratnya. Sesungguhnya dia (Iblis) dan pengikut-pengikutnya (Syaitan) melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.'
Surah Al Araf, Ayat 27
~Wallahua'lam... bersambung...
No comments:
Post a Comment