Saturday, September 25, 2010

PaSRaH DaN ReDHa aTaS SeGaLanYa, InSHaALLAH


Bahagian 1:

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hati ku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri


Ku serahkan segala pada-Mu TUHAN
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana ENGKAU MAHA MENGETAHUI
Segala apa yang terbuku di hati

Ya ALLAH tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya ALLAH ENGKAU lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku terhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malam ku berkalut benci



Bahagian 2:
Setiap detik bila kau putus asa
Terasa sunyi dan keseorangan
Kau lihat malam dan kegelapan
Tiada daya dan arah tujuan

Usah kau ragu atau bimbang
ALLAH sentiasa di sisimu

InshaALLAH
Kau temu jalanmu

Setiap detik kau tersalah langkahmu
Kau sangka sudah terlewat waktu
Keliru dengan keputusanmu
Menghantui seluruh hidupmu

Ingat Allah, DIA dekat di hati
PercayakanNya dan terus berdoa
Ya Allah
Bimbing ku ke jalan redha-MU
Hanya pada-MU aku berserah
Tunjukkan daku
Jalan Redha-MU
Jalan Syurga-MU

InshaALLAH
Kita kan temui jalannya


Bahagian 3:
Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah ALLAH itu MENGASIHI
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan ALLAH menerus kehidupan
Ku mengenal makna dosa dan pahala

Dengan kehendak-NYA
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disish dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

ALLAH MAHA MENGETAHUI
Yang ada di hati
Biar DIA menentukannya

Usah disalahkan takir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendak-NYA




Diadaptasi daripada lagu 'Pasrah Segalanya' oleh DeHearty, 'InshaALLAH' oleh Maher Zain, dan 'Redha' oleh inteam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails